Kelab Badminton Tebrau City (Tebrau City BC) membalas dendam ke atas Kepong BC apabila mengatasi kelab itu 12-6 dalam saingan peringkat kedua Kumpulan B, SS Purple League (SSPL) di Gem In Mall, Cyberjaya, sebentar tadi.
Dalam pusingan pertama liga sepusingan SSPL sebelum ini, Tebrau City tewas 7-13 kepada Kepong BC. Melalui kemenangan itu tadi, ia turut membuka peluang Tebrau City BC untuk ke pusingan akhir apabila kian kukuh di kedudukan kelima SSPL.
Penolong pengurus Tebrau City BC, Lim Kenn, berkata: “Kami tak sangka untuk menang kerana sasaran awal hanyalah mengurangkan jurang kekalahan kepada Kepong BC. Lagipun, kami kalah kepada Kepong BC ketika peringkat pertama SSPL.
“Saya sangat lega dengan kemenangan ini dan esok kami kena fokus semula untuk satu lagi aksi bertemu Bukit Mertajam All Stars BC. Kami perlu berhati-hati dengan perlawanan itu untuk memperoleh satu lagi kemenangan."
Tebrau City BC menang dalam acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, R. Satheistharan, menang 3-1 (11-5, 11-10, 7-11, 11-4) mengatasi Yan Runze.
Apapun, pemain perseorangan wanita Kepong BC, Qin Jin Jing, bangkit dalam acara perseorangan wanita apabila mengatasi Rusydina Antardayu 3-0 (11-6, 11-2, 11-4).
Kedudukan Tebrau City BC semakin kukuh menjadi 6-4 apabila mereka turut memenangi acara beregu lelaki menerusi gandingan Lee Jian Yi-Lim Zheng Ting yang mengecewakan gandingan Kepong BC, Muhd Nuraidil Adha-Tee Kai Wun Tee , 3-0 (11-5, 11-9, 11-9).
Keadaan bertambah selesa buat Tebrau City BC dalam acara beregu campuran apabila turut meraih kemenangan percuma 3-0 setelah Kepong BC tidak dapat menurunkan wakil mereka.
Satu lagi acara perseorangan lelaki menyaksikan pemain utama Tebrau City, Yeoh Seng Zoe, menang tipis 3-2 (11-9, 11-7, 8-11, 6-11, 9-8) dalam tempoh 30 minit ke atas Lim Chi Wing.