Kemenangan kedua yang dicatatkan oleh Kelab Badminton (BC) Tebrau City dalam saingan peringkat kedua Kumpulan B, SS Purple League (SSPL) di Gem In Mall hari ini mengesahkan kedudukan pasukan itu ke pusingan akhir.
Tebrau City BC menumpaskan Bukit Mertajam All Stars BC (BMASBC) 15-4 selepas menang ke atas Kepong BC 12-6 semalam.
Biarpun kedudukan akhir hanya akan diketahui esok, namun kutipan mata menyaksikan Tebrau City BC di kedudukan ketiga liga ketika ini.
Tidak kira apa pun keputusan esok, mereka akan kekal berada dalam kelompok enam teratas liga, sekali gus mara ke pusingan akhir SSPL.
Penolong Pengurus Tebrau City BC, Lim Kenn, berkata: “Saya berasa lega dan gembira kerana sudah tentu akan masuk ke peringkat akhir SSPL berdasarkan kedudukan sekarang. Kami memang menyasarkan kedudukan enam terbaik sebelum liga bermula.
“Tekanan sudah kurang kerana kami sudah pasti layak biarpun kedudukan terakhir hanya akan ditentukan dalam aksi terakhir peringkat kedua esok. Apapun, saya gembira kerana sasaran sudah dicapai."
Tebrau City BC mendahului hasil kemenangan acara perseorangan lelaki yang dicatatkan oleh pemainnya, R. Satheistharan, yang menang 3-1 (7-11, 11-9, 11-5, 11-8) menewaskan pemain BMASBC, Riyanto Subagja.
Tebrau City BC terus berada di depan apabila turut menang acara perseorangan wanita. Kali ini, Rusydina Antardayu menang 3-0 (11-7, 11-10, 11-5) ke atas Lim Jing Ning bagi menjarakkan kedudukan semasa kepada 6-1.
Kemenangan terus dilakar oleh Tebrau City BC dalam acara beregu lelaki apabila gandingan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong menundukkan Sim Fong Hau-V. Roobenraj 3-2 (11-9, 11-7, 9-11, 10-11, 11-6) dan meletakkan pasukannya di depan 9-3.
Penguasaan pasukan dari Johor itu semakin sukar dihalang apabila mereka terus memenangi acara beregu campuran melalui pemainnya, Soong Fie Cho-Tan Jinn Hwa, yang menundukkan Tiara Rosalia-Agrippina Primarahmanto 3-1 (7-11, 11-8, 11-8, 11-10). Kemenangan itu membawa Tebrau City BC selesa di depan 12-4 mendahului perlawanan.
Yeoh Seng Zoe memastikan kemenangan mutlak pasukan Tebrau City BC apabila menang 3-1 (11-8, 11-4, 11-8) ke atas Lucas Corvee dalam satu lagi acara perseorangan lelaki, sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukannya.