Naib juara SS Purple League (SSPL) musim lalu, Kepong BC, tidak kecewa andai gagal meraih dua kedudukan teratas untuk layak secara automatik ke pusingan akhir SSPL musim ini.
Biarpun meraih kemenangan 14-8 ke atas Bandar Maharani BC di Gem In Mall, Cyberjaya, petang tadi, kedudukan Kepong BC di tangga kedua dijangka akan diatasi selepas pertemuan Puchong United dan Petaling BC, malam ini.
Ketua Jurulatih, Mohd Zakry Abdul Latif, berkata: “Kedudukan kami kini bergantung kepada perlawanan terakhir di antara Puchong United BC dan Petaling BC malam ini.
“Bagi kami, prestasi yang ditunjukkan barisan pemain masih tidak menentu.
"Saya berharap dalam apa jua situasi sama ada layak secara automatik atau tidak, pemain kami akan memperbaiki kelemahan itu.
“Bagus juga jika kami terpaksa beraksi dalam peringkat kedua kerana ia akan memberikan lebih banyak pendedahan sebelum kami mengharungi peringkat akhir di Resorts World Genting nanti," katanya.
Kepong BC gagal meraih kemenangan dalam acara perseorangan lelaki selepas Yan Runze tewas 2-3 (7-11, 11-8, 8-11, 11-4, 3-6) kepada Lim Chong King.
Mereka kemudian bangkit dalam acara perseorangan wanita dengan Qin Jin Jing menewaskan Yap Yee 3-1 (11-7, 10-11, 11-4, 11-9).
Kepong BC semakin selesa mendahului 8-4 dalam acara beregu lelaki dengan Lu Ching Yao-Tee Kai Wun menewaskan Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 3-0 (11-6, 11-5, 11-6).
Gandingan Anna Cheong Ching Yik-Nur Mohd Azriyn Ayub melebarkan kedudukan buat pasukan itu dalam acara beregu campuran selepas mengatasi pasangan Wong Tien Ci-Yap Rui Chen 3-2 (9-11, 11-6, 6-11, 11-10, 11-7) yang membolehkan mereka mendahului 11-6 secara keseluruhan.
Naib juara SSPL musim lalu itu terus menambah mata menerusi kemenangan 3-2 (8-11, 11-9, 11-7, 4-11, 11-3) Lim Chi Wing ke atas Ng Jun Yan dalam acara perseoragan lelaki kedua.