Ketua jurulatih Kelab Badminton (BC) Petaling, Ismail Saman, mengharapkan anak buahnya kekal fokus dalam dua lagi baki perlawanan peringkat pertama SS Purple League (SSPL) selepas mereka mengatasi Tebrau City BC 15-4 di Gem In Mall, hari ini.
“Saya gembira dengan kedudukan kami ketika ini, namun saya mahu berbincang dengan semua pemain supaya kami tidak leka dan tidak memandang rendah keupayaan lawan kerana ia masih awal.
“Kami akan bertemu Serdang BC dan Puchong United BC dalam dua baki perlawanan peringkat pertama. Walaupun kami di kedudukan selesa, kami tidak boleh hilang fokus dalam dua aksi tersebut.
"Saya juga akan memikirkan bagaimana cara untuk menyekat Puchong United BC nanti,” kata Ismail selepas perlawanan hari ini.
Kemenangan ke atas Tebrau City semakin mencerahkan peluang Petaling BC untuk merebut salah satu daripada dua slot automatik ke pusingan akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19.
Petaling BC, yang kini memiliki 60 set kemenangan, berada di puncak SSPL, diikuti Puchong United BC dengan 58 set kemenangan, dan Ampang Jaya BC dengan 55 set kemenangan selepas mereka mengharungi lima aksi setakat ini.
Mengikut format SSPL, enam pasukan akan berentap dalam pusingan akhir SSPL yang akan berlangsung di Resorts World, Genting hujung bulan ini.
Enam pasukan tersebut adalah dua pasukan teratas SSPL peringkat pertama dan pasukan di kedudukan ketiga hingga kelapan pula bakal bersaing untuk merebut baki empat lagi slot di peringkat kedua SSPL nanti.
Dalam aksi hari ini, dalam acara perseorangan lelaki, Chong Yee Han meletakkan Petaling BC di depan setelah menang tipis ke atas pemain Tebrau City BC, Ye Binghong, 3-2 (11-8, 9-11, 5-11, 11-7, 9-4).
Petaling BC terus mencengkam kedudukan set mata menjadi 6-2 setelah mereka turut menguasai acara perseorangan wanita. Kali ini, pemain dari Indonesia, Gabriela Melaini Moningka, menang ke atas pemain Tebrau City BC, Xu Wei, 3-0 (11-6, 11-4, 11-9).
Kegarangan Petaling BC semakin terserlah dalam acara beregu lelaki apabila giliran Goh V Shem- Shia Chun Kang pula membenam gandingan Tebrau City BC, Ng Eng Cheong-Tan Wee Gieen, 3-0 (11-8, 11-8, 11-3) sekali gus mengubah kedudukan kepada 9-2.
Tidak cukup dengan itu, Petaling BC terus meraih kemenangan dalam acara beregu campuran melalui pasangan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang mengalahkan Low Hang Yee-Soong Fie Cho 3-1 (11-7, 11-5, 6-11, 11-3). Keputusan itu membolehkan Petaling BC di depan 12-3.
Kemenangan bergaya Petaling BC disempurnakan oleh perseorangan lelaki utama, Cheam June Wei, yang mengatasi Yeoh Seng Zoe 3-1 (11-6, 11-10, 7-11, 11-2) sekali gus membawa Petaling BC berada di persada SSPL.