Biarpun gagal memenangi sebarang perlawanan SS Purple League (SSPL) musim ini, Kelab Badminton (BC) Bandar Maharani tidak kecewa kerana ia adalah penyertaan pertama mereka dalam liga itu.
Menamatkan sembilan perlawanan dalam peringkat pertama dan kedua SSPL, Bandar Maharani BC gagal ke pusingan akhir tatkala dalam aksi terakhir mereka di Gem In Mall untuk peringkat kedua Kumpulan A malam ini, Bandar Maharani BC tumpas 6-12 kepada Petaling BC.
Ketua jurulatih Bandar Maharani BC, Yap Kim Heng berkata: "Saya banyak belajar daripada SS Purple League memandangkan ini penyertaan pertama kami di peringkat senior.
"Saya mempunyai persiapan singkat untuk SSPL musim ini. Jadi, ia adalah satu ujian yang mencabar. Apapun, saya tetap positif kerana pemain juga telah memberikan aksi terbaik dan satu pendedahan buat pemain saya yang rata-ratanya masih muda.
"Untuk musim depan, kami akan melakukan persiapan yang lebih rapi dan sasaran lebih jauh."
Dalam aksi perseorangan lelaki tadi, Ooi Jhy Dar kalah 0-3 (8-11, 8-11, 4-11) kepada pemain Petaling BC, Chong Yee Han. Bandar Maharani terus kecewa apabila pemainnya, Yap Yee, turut tewas 0-3 (7-11, 3-11, 9-11) kepada Lim Yin Fun bagi acara perseorangan wanita.
Bandar Maharani BC memberi cabaran dalam acara beregu lelaki selepas itu melalui gandingan Razlan Shah-Yap Roy King. Bagaimanapun, mereka tewas tipis 2-3 (11-7, 11-10, 3-11, 3-11, 3-11) kepada gandingan Petaling BC, Man Wei Chong-Shia Chun Kang.
Dalam acara beregu campuran, Bandar Maharani BC mendapat kemenangan percuma 3-0 apabila Petaling BC gagal menurunkan pemain mereka. Apapun, Bandar Maharani BC sekali lagi tumpas dalam perseorangan lelaki di mana Lim Chong Kim kalah kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin 1-3 (8-11, 10-11, 11-9, 7-11), sekali gus menamatkan musim ini dengan kemarau kemenangan.
Dalam aksi petang tadi, Tebrau City BC mengesahkan kedudukan dalam kelompok enam teratas untuk mara ke pusingan akhir SSPL. Mereka mara setelah menumpaskan Bukit Mertajam All Stars BC (BMASBC) 15-4 dan satu lagi kemenangan diraih ke atas Kepong BC 12-6 semalam.
Di peringkat kedua SSPL, Petaling BC diundi bersama Bandar Maharani BC dan Serdang BC dalam Kumpulan A. Saingan Kumpulan B pula menyaksikan finalis tahun lalu, Kepong BC, bakal membuat perhitungan bersama dua pendatang baru, Bukit Mertajam All Stars BC dan Tebrau City BC.