Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjangkakan keinginan peminat yang mengharapkan mereka terus mengungguli Masters Malaysia 2025 selepas menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, Ahad lalu.
Bagi Wooi Yik sendiri, tekanan sentiasa ada namun pemenang gangsa Sukan Olimpik Paris itu tetap akan mengharungi pasukan lawan pada masa akan datang sekali gus menjadi ujian terbaik mereka demi memastikan prestasi cemerlang berkekalan.
"Saya rasa jangkaan untuk kami akan tinggi, kami akan terus tenang berdepan lawan nanti," katanya.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron- Cheng Su Yin, dalam perjalanan untuk menebus kekalahan awal di Terbuka Malaysia awal Januari lalu.
Pang Ron menekankan kepentingan kesihatan mental perlu dijaga sepanjang dalam proses mereka mengejar kejayaan di Axiata Arena nanti.
"Untuk kami sekarang paling penting adalah dalam menjaga kesihatan mental kami." katanya.