Juara bertahan Seluruh England, Lee Zii Jia, menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Jepun, Kenta Nishimoto 21-16, 21-17.
Zii Jia mengakui masih terdapat banyak kesilapan mudah yang dilakukan khususnya pada set kedua bagaimanapun kehadiran penonton Malaysia membantu Zii Jia untuk terus kekal fokus sehingga meraih kemenangan.
"Saya telah cuba kurang melakukan kesilapan serta menikmati permainan ini," kata Zii Jia.
"Dengan kehadiran penonton ternyata meningkatkan semangat saya ketika beraksi berbanding saingan edisi sebelum ini.
"Saya sentiasa mengingatkan diri supaya jangan memandang rendah kemampuan pemain lawan di samping cuba menikmati perlawanan saya."
Mengikuti rentak kemenangan Zii Jia adalah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, apabila mengalahkan gandingan adik-beradik dari Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley, 21-14, 21-19.
Ini merupakan perlawanan pertama Aaron-Wooi Yik selepas wooi yik disahkan positif COVID-19 dan Wooi Yik mengakui terasa sedikit kekok dalam perlawanan sebentar tadi.
"Ini merupakan perlawanan pertama buat kami dalam saingan Seluruh England selepas kali terakhir beraksi bagi edisi 2020. Kehadiran penonton membantu kami seperti beraksi di laman sendiri," kata Aaron.
"Idea dan kemahiran tidak terjejas, mungkin terdapat beberapa gerakan masih belum di tahap terbaik," kata Wooi Yik.
Kemenangan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik bakal berdepan dengan gandingan daripada China, He Ji Ting-Tan Qiang pada pusingan kedua.
Aaron-Wooi Yik mengakui ini merupakan peluang mereka untuk membalas dendam terhadap kekalahan yang dialami ketika Kejohanan Dunia 2021.