#SELBATC2024 | Results | Men’s Team FINAL
— BAM (@BA_Malaysia) February 18, 2024
?? 0-1 ??
Weng Hong Yang def. Leong Jun Hao 21-19 21-17#GemilangkanLagi #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ELzbwXlpi0
Sebelum ini, dua pemain ini pernah bertemu di Masters Malaysia 2022 yang memihak kepada Jun Hao dengan kemenangan 5-21, 21-17 dan 21-13.
Namun dari segi ranking, Jun Hao jauh ketinggalan di mana dia kini berada di kedudukan ke-40 manakala Hong Yang di ranking ke-16 dunia.
Jun Hao tampak berjaya mengenepikan faktor itu apabila dia yang terlebih langkah kanan, mendahului awal perlawanan dengan 6-4.
Sehinggalah Hong Yang mula temui rentak untuk memimpin perlawanan untuk di depan 11-8 pada interval pertama.
Aksi lebih seimbang sebaik perlawanan bersambung dengan mata terikat 12 sama, sebelum rentetan 4 mata diraih oleh Hong Yang membawa kepada kedudukan 12-16.
Pemain negara terus tampak seakan hilang rentak, membuka jurang kepada lima mata, 13-18.
Jun Hao cuba bangkit dengan merapatkan jurang 17-19, tapi akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 pada set pertama selepas kesilapan servisnya yang keluar di garisan belakang.
Tidak jauh beza di set kedua, Hong Yang pamer prestasi lebih bertenaga dan kurang melakukan kesilapan untuk mendahului 9-6.
Juara Terbuka Denmark tahun lalu itu meneruskan momentum positifnya untuk sekali lagi punyai kelebihan 3 mata pada interval set kedua.
Kesilapan demi kesilapan jelas memberi padah buat Jun Hao yang kemudiannya terpaksa akur dengan kekalahan 'straight set' 19-21 dan 17-21.