Skip to main content

Badminton

Satu lagi gandingan berantakan? Hoo Pang Ron enggan bercerita, fokus selesaikan isu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pangron.jpg
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, mengakui sedang berdepan masalah bersama Cheng Su Yin, namun enggan menceritakan perkara sebenar menuju saingan Piala Sudirman, minggu depan.

Ketika ditanya mengenai persengketaan itu, dia memberi jaminan untuk cuba berbincang dan menyelesaikannya secara baik.

Pang Ron menolak untuk mencari pasangan baru sebaliknya ingin fokus kepada gandingan terbaik bersama Su Yin.

"Mungkin kami mengalami sedikit permasalahan, tetapi sedang diselesaikan.

"Perlu sedikit masa untuk mengakhiri isu ini, kerana ia bukan mudah dan semua orang melihat perkara itu. 

"Kami juga ada mengambil nasihat daripada pihak jurulatih," katanya.

Advertisement

Must Watch Video