Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, memerlukan penjelasan daripada setiap pemain dan jurulatih sebelum melakukan penstrukturan semula atau rombakan skuad beregu negara bagi menghadapi musim depan.
Katanya, penjelasan itu penting sebelum langkah seterusnya diambil selepas melihat prestasi skuad beregu negara yang kian merudum pasca saingan Piala Sudirman pada September lalu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, bekas pemain kebangsaan Indonesia itu berkata: "Saya menyertai BAM belum sampai sebulan.
"Kalau kita lihat, saya tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan rombakan kerana saya tidak tahu apa yang berlaku di antara pemain dan jurulatih sehingga prestasi pemain tidak konsisten.
"Seperti yang saya katakan, perancangannya pasti ada tetapi seperti apa perancangan itu, saya masih belum dapat memberikan komen kerana saya belum bertemu dengan kesemua pemain dan jurulatih.
"Kita perlu mendengar daripada pihak pemain mengapa perkara ini berlaku dan kita juga perlu mendengar daripada pihak jurulatih mengapa prestasi pemain tidak konsisten sedangkan ranking kebanyakan mereka cukup baik.
"Apa yang perlu saya lakukan adalah saya akan menilai sama ada apa yang dilakukan selama ini sudah menunjukkan peningkatan atau ia sudah terhenti.
"Perancangan untuk masa depan sudah pasti ada dan saya akan berbincang dengan jurulatih untuk menilai program latihan dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.