Beregu lelaki ranking keempat dunia, Aaron Chia, mengakui perlu beradaptasi tentang aspek ketenangan yang dimiliki wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi yang bakal ditempuhnya, selepas ini.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu menyifatkan sikap 'terlalu mahukan permainan tamat secepat mungkin' adalah faktor kekalahannya bersama Soh Wooi Yik di peringkat kumpulan Piala Sudirman bertemu Jepun.
Jelas Aaron, jika diukur daripada segi kombinasi serta corak permainannya, mereka tampil dengan permainan jauh lebih baik berbanding beregu ranking ke-17 dunia itu.
Aaron juga menegaskan perlu mencari faktor tersembunyi itu dalam masa terdekat bagi memecahkan badi rekod pertemuan berdepan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang berada di ranking lebih rendah daripada mereka.
"Kami sentiasa berdepan kesukaran ketika menentang mereka.
"Kami juga sudah melakukan yang terbaik, tetapi saya sejujurnya nampak yang kami boleh menang," katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Selepas ini, Aaron akan berehat sehari dan kembali meneruskan latihan seperti biasa di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Selasa sebelum meneruskan cabaran dalam Terbuka Thailand pada 13 hingga 18 Mei ini.

“Rasa nak menang sangat and convert head to head”?
— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 5, 2025
Aaron Chia akui persembahan mereka ‘tip top’ namun ketenangan di saat akhir dibantu ‘luck’ memihak kepada pair Jepun pada aksi peringkat kumpulan Piala Sudirman.?
More on nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/yl9JRvc4op