BADMINTON

Ranking Lee Zii Jia jatuh dua anak tangga, hampir terkeluar kelompok 10 terbaik

Stadium Astro
Najmi Iman
17/03/2025
03:47 MYT
Sponsor Banner
Ranking Lee Zii Jia jatuh dua anak tangga, hampir terkeluar kelompok 10 terbaik
Akibat kecederaan, perjalanan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England berakhir di pusingan pertama apabila tewas kepada lawan dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Selepas tewas dalam suku akhir dalam Kejohanan Masters Orleans, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu melangkah ke Birmingham dalam usaha untuk memburu gelaran pertama musim 2025.
Namun, tidak kesampaian untuk menampilkan aksi terbaik, sekali gus masih kemarau gelaran pertama.
Ekoran daripada itu, kedudukan Zii Jia dalam ranking dunia berubah dan terjatuh dua anak tangga kepada kedudukan kesembilan dengan 76415 mata secara keseluruhan.
Impaknya, anak buah Yeoh Kay Bin ini berpotensi terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik dunia susulan prestasi yang menakjubkan ditampilkan oleh wakil Taiwan, Lin Chun-Yi.
Selain itu, dua beregu lelaki negara,Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, turut mengalami nasib yang sama tatkala tergelincir satu anak tangga.
Sementara itu, kedudukan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Pearly Tan-M. Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekal di tempat masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video