BADMINTON
Pingat pemenang Masters Indonesia tiada kualiti?
Tular imej yang dimuatnaik oleh pemain perseorangan Indonesia, Jonatan Christie, yang berkongsi keadaan pingat kemenangan yang diperoleh dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia telah mula rosak.
Kurang daripada 24 jam aksi final Kejohanan Badminton Masters Indonesia, menyaksikan wakil tuan rumah, Jonatan tewas 1-2 di tangan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, Kunlavut Vitidsarn di Istora Senayan, Jakarta.
Memuat naik gambar menerusi instagram story, namun telah dipadam pemain berusia 27 tahun itu yang berkongsi keadaan pingat yang dimenangi semalam telah mula rosak.
Iklan
Dalam saingan Super Series 500 yang berakhir semalam, wakil negara, Man Wei Chong-Tee Wai Kun, muncul juara acara beregu lelaki apabila mengatasi pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto manakala Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan saingan selaku naib juara.
Must-Watch Video