Skip to main content

Badminton

Piala Uber: China juara, Indonesia berputih mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

china.jpg
Piala Uber edisi kali ini melabuhkan tirai dengan tuah rumah, China, muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-0 di Chengdu, sebentar tadi.

Pemain perseorangan utama China, Chen Yu Fei, terlebih dahulu meletakkan China di depan dengan menewaskan perseorangan utama Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, 21-7, 21-16 sebelum beregu wanita, Chen Qingchen-Jia Yifan, memastikan China selesa mendahului kedudukan 2-0 dengan mengalahkan Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8.

Pasukan Naga Merah itu menjulang trofi selepas perlawanan ketiga, yang menyaksikan perseorangan kedua, He Bing Jiao, mengetepikan cabaran pemain berusia 21 tahun, Ester Nurumi Tri Wardoyo 10-21, 21-15, 21-17 dalam tempoh 69 minit. 

China merangkul piala berprestij itu buat kali ke-16 sejak kali pertama dipertandingkan pada tahun 1957. 

Advertisement

Must Watch Video