MALAYSIA 4 AUSTRALIA 1
Malaysia menyambung kempen hari kedua Piala Sudirman dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia, sebentar tadi.
Dalam saingan berpasukan di Xiamen, China itu, empat wakil terawal negara mencatat kemenangan straight set dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.
Taruhan pertama negara melalui beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tiada masalah untuk melepasi rintangan Ricky Tang-Gronya Somerville 21-8, 21-12.
Langkah kanan itu turut dirakam perseorangan negara, Justin Hoh, apabila menewaskan Shrey Dhand 21-9, 21-15 sebelum K Letshanaa mengesahkan kedudukan 3-0 ketika mengalahkan perseorangan wanita Australia, Kai Kee Teo, 21-6, 21-8.
Walaupun kemaraan ke suku akhir sudah terjamin sebelum pertemuan getir dengan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan C Khamis ini, rentak kemenangan itu diteruskan beregu utama lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan menundukkan Jack Yu-Frederick Zhao 21-8, 21-9.
Bagaimanapun, Gronya Somerville-Angela Yu memberikan pengajaran berguna buat beregu wanita negara yang baru dibentuk, Carmen Ting-Go Pei Kee, apabila mencuri satu mata menerusi kemenangan 21-15, 21-18.