Skip to main content

Sukan SEA

Tidak adil! -- Indonesia kecewa sport climbing tiada di Sukan SEA 2027

ff
Advertisement

Indonesia menzahirkan rasa kecewa dengan pemilihan sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA 2027 apabila tiadanya sukan sport climbing.

Pada 30 Oktober lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) telah meluluskan tambahan lima sukan baharu sekali gus memuktamadkan 43 sukan yang akan dipertandingkan.

Advertisement

Antara sukan baru itu adalah padel, danceSport, hoki ais, kabaddi dan teqball, ia membangkitkan kekecewaan Pusat Federasi Panjat Tebing Indonesia (FPTI) apabila Setiausaha Agung mereka, Wahyu Pristiawan, beranggapan keputusan itu menjejaskan kualiti Sukan SEA dan bersifat tidak adil.

 

Advertisement

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

"Tiada sport climbing di SEA Games karena tuan rumah berasakan tidak mempunyai kans (peluang) untuk mendapatkan pingat.

"Dengan menilai sama ada sesuatu sukan dimainkan dengan cara ini, kita boleh menilai kualiti penganjuran Sukan SEA.

"Jadi, kami tidak kecewa, tetapi bersyukur kerana sport climbing tidak dimasukkan dalam acara sukan itu, kerana proses pemilihan untuk sukan itu sudah tidak adil sejak awal," katanya.

Sukan SEA Malaysia akan berlangsung bermula pada 18 hingga 29 september 2027.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video