Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Shi Yu Qi tetap menyinar sekalipun hilang 6kg kerana masalah perut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shi-yu-qi.jpg
China menjulang trofi Piala Sudirman buat kali ke-14 kelmarin yang menyaksikan Shi Yu Qi memainkan peranan penting dalam kempen yang menyaksikan pemain tuan rumah mendominasi kelima-lima perlawanan membabitkannya. 

Dalam perlawanan akhir menentang Korea Selatan itu, Shi Yu Qi mencatat kemenangan paling mudahnya ke atas Jeon Hyeok-jin dengan keputusan 21-5, 21-5 dalam masa 33 minit.

Pemain China itu menepati statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dengan mengenepikan Leong Jun Hao 21-6, 21-14, dalam suku akhir, dan mempamerkan aksi yang sama ketika menumbangkan Kodai Naraoka 21-8, 21-16 dalam separuh akhir. 

Ia satu pencapaian yang mengejutkan berikutan sebelum acara berpasukan ini, dia kehilangan 6 kilogram akibat masalah perut.

Dia tidak menunjukkan sebarang kesan buruk dalam Piala Sudirman apabila mendominasi semua lawannya untuk menjadi inspirasi kepada China menjulang satu lagi gelaran berpasukan.




Prestasi Shi Yu Qi pasti akan menggerunkan pencabarnya dalam perseorangan lelaki, lebih-lebbih lagi menjelang jaduah padat Jelajah Dunia.

Tatkala seterunya seperti Viktor Axelsen dan Lee Zii Jia masih tidak dibelenggu kecederaan, Shi Yu Qi akan menyasarkan untuk meneruskan prestasi ini untuk misi mengumpul mata, bermula dengan Masters Malaysia pada 20 Mei ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video