Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Ramalan barisan pemain Malaysia lawan Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton-skuad-malaysia_1.jpg
Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan terakhir Kumpulan C Piala Sudirman di Xiamen, China pagi esok.

Kemenangan kali ini akan menjamin kedudukan teratas dan mungkin laluan lebih selesa dalam suku akhir.

Mejelang perlawanan itu, Stadium Astro meramalkan barisan berpotensi pemain Malaysia menentang Jepun.


Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lwn Hiroki Midorikawa-Natsu Saito

Tang Jie dan Ee Wei menunjukkan keinginan yang tinggi sewaktu menewaskan lawan dari Australia secara set langsung.

Kedua-dua pemain itu telah menutup kisah perpisahan mereka dan kelihatan tidak sabar-sabar untuk menebus masa yang hilang dengan menampilkan prestasi terbaik.

Lebih penting, mereka memiliki rekod yang lebih baik berbanding beregu profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menentang Midorikawa-Saito.

Gandingan negara itu pernah menewaskan lawan nombor empat dunia itu sebanyak empat kali daripada enam pertemuan


Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lwn Takuro Hoki-Yugo Kobayashi

Beregu lelaki mungkin menjadi sektor paling kompetitif dalam skuad ketika ini tetapi untuk pertembungan kali ini, jurulatih beregu negara mungkin melihat kepada rekod lampau menentang Jepun.

Walaupun Aaron Chia-Soh Wooi Yik baru-baru ini memenangi Kejohanan Asia, mereka hanya menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dua kali dalam 10 pertemuan lalu.

Dengan itu, Herry Iman Pierngadi dan Rexy Mainaky mungkin akan memilih Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang baru-baru ini menewaskan pasangan Jepun dalam pusingan pertama Kejohanan Asia.


Leong Jun Hao lwn Kodai Naraoka

Pengalaman Leong Jun Hao akan menjadi amat penting dalam pertembungan menentang pemain nombor lapan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka.

Bagaimanapun, dia akan melalui perlawanan ini sebagai pemain bukan pilihan menentang Naraoka, yang gemar bermain dalam rali panjang dan boleh mengecewakan mana-mana lawan dengan gaya bertentangan.

Jun Hao perlu mengurangkan kesilapan sendiri, terutama perlu lebih bersabar untuk mematikan mata.


K. Letshaana lwn Akane Yamaguchi

Mungkin perlawanan yang paling tidak seimbang dan ia mungkin terlalu sukar buat Letshaana berdepan Akane Yamaguchi.

Begitulah jurang perbezaan di antara kedua-dua pemain ini tetapi Letshaana boleh dipilih berbanding Goh Jin Wei, yang bergelut menentang lawan dari Perancis sebelum ini.


Pearly Tan-M.Thinaah lwn Nami Matsuyama-Chiharu Shida

Ini mungkin perlawanan yang berpotensi memberikan mata paling penting Malaysia tetapi untuk mendapatkannya, Pearly Tan-M. Thinaah perlu mencari jalan terbaik untuk mengatasi Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Dalam 13 pertemuan terdahulu, pasangan nombor lima dunia itu hanya menang sekali.

Ia mungkin tidak kedengaran meyakinkan tetapi Pearly dan Thinaah kekal sebagai taruhan terbaik negara dalam sektor itu.
 

Advertisement

Must Watch Video