Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Piala Sudirman: Presiden baru BWF mahu pemain bintang, media pacu masa depan badminton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

20250426_153400140-980x550-(1).jpg

Presiden baru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Khunying Patama Leeswadtrakul, tampil dengan kenyataan sulungnya di Xiamen sempena Piala Sudirman 2025.

Pada usia 60 tahun, beliau membawa visi segar untuk masa depan sukan badminton.

Patama menegaskan bahawa pemain bintang adalah tarikan utama sukan ini, manakala media menjadi pemacu utama pertumbuhannya.

“Kita perlu tonjolkan ikon sukan dan gunakan media untuk melonjakkan populariti global,” katanya.

Dengan pendekatan dinamik ini, era baharu BWF di bawah kepimpinannya dijangka membawa perubahan positif dan perluasan pengaruh badminton di seluruh dunia.

Advertisement

Must Watch Video