Malaysia selaku juara Kumpulan C bakal berdepan naib juara Kumpulan A, Denmark, dalam pusingan suku akhir Piala Sudirman 2023 di Suzhou, petang ini.

Jika melepasi saingan suku akhir, skuad badminton negara dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara Korea Selatan atau Taiwan yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Undian itu juga menyaksikan juara bertahan, China, akan bertemu Indonesia, manakala Thailand yang muncul juara Kumpulan B akan menentang naib juara Kumpulan D, Jepun.




Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia tampil cemerlang apabila apabila menang ketiga-tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara hingga separuh akhir menerusi edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Kredit: Sinar Harian