Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Imbas kembali pertemuan terakhir Malaysia lawan Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sudirman-cup-2021.jpg
Skuad badminton negara akan menamatkan saingan peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman 2025 dengan menentang Jepun di Xiamen, China pagi esok.

Selepas menewaskan Perancis dan Australia dalam dua perlawanan pertama, skuad negara sah melayakkan diri ke suku akhir selaku dua pasukan teratas kumpulan berkenaan.

Kali terakhir Malaysia bertemu Jepun dalam Piala Sudirman ialah di peringkat separuh akhir edisi 2021 di Vaanta, Finland.

Ketika itu, Malaysia turun dengan semangat tinggi selepas menewaskan pasukan pilihan, Indonesia, 3-2 dalam suku akhir.

Bagaimanapun, skuad negara memulakan saingan dengan langkah kiri apabila beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas 15-21, 14-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

S. Kisona ketika itu turut tidak dapat menandingi perseorangan wanita Jepun, Akane Yamaguchi, untuk akur dengan kekalahan 7-21, 5-21.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, menghidupkan peluang negara dengan mengatasi bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota, dalam satu aksi sengit yang berakhir dengan kemenangan 22-20, 21-19.

Cabaran negara berakhir selepas beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, tewas 19-21, 17-21 kepada Mayu Matsumoto-Misaki Matsutomo.

Siaran langsung & live streaming Malaysia lawan Jepun

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 dan Astro Badminton saluran 815 bermula jam 9.00 pagi esok.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

Advertisement

Must Watch Video