Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: China pasukan yang lengkap dalam kempen kali ini -- Taufik hidayat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

taufiq.jpg
Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat, melihat pasukan China muncul selaku pasukan terkuat untuk memburu kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2025 berbanding pasukan lain.

Jelasnya, ia berdasarkan kepada prestasi semasa yang direkodkan dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini.

Menurut pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004 itu, walaupun begitu ia tidaklah menafikan kemungkinan pasukan lain untuk merebut kejuaraan kali ini.

"Sebenarnya kalau peluang dalam Piala Sudirman, (pasukan) yang paling kelihatan sempurna kali ini lebih kepada pasukan China, Kalau pasukan lain, masih ada yang lemah daripada lima aksi yang harus mereka harungi."

China menurutnya lagi adalah pasukan yang harus pasukan lain waspada berdasarkan kualiti keseluruhan yang dimiliki kali ini.

Bahkan Indonesia sendiri perlu bekerja keras dalam kempen kali ini agar situasi gagal yang dialami pada 2023 tidak berulang lagi.

"Kalau melihat kepada kekuatan Indonesia ketika ini kita memiliki Jonatan Christie bagi perseorangan dan bagi beregu pula ada banyak. 

"Kami sudah bersedia untuk bersaing dengan negara lain kali ini," katanya.

Pada edisi 2023, pasukan Indonesia hanya mampu melepasi cabaran di peringkat kumpulan, namun langkah mereka terhenti selepas itu setelah berdepan dengan China.

Advertisement

Must Watch Video