Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei taruhan pertama atasi Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menghadiahkan mata pertama ketika berdepan Australia dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman, sebentar tadi. 

Selepas tidak diturunkan dalam kemenangan 5-0 ke atas Perancis, semalam, dalam kempen berpasukan di Xiamen, China itu, Tang Jie-Ee Wei memastikan skuad negara membuka langkah kanan dengan mengenepikan Ricky Tang-Gronya Somerville 21-8, 21-12.



 

Advertisement

Must Watch Video