stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
  • BM
    EN
  • Daftar
  • BM
    EN
  • Daftar
stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
Live Scores
  • Football
  • Badminton
Fantasy
  • Liga Super Fantasy
  • Info Hadiah
Bola Sepak
  • Liga Bola Sepak Malaysia
  • Liga Super Malaysia
  • Piala Malaysia
  • Piala FA Malaysia
  • Bola Sepak Antarabangsa
  • Liga Perdana Inggeris (EPL)
  • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
  • Piala FA Inggeris
Sukan Lain
  • Cub Prix
  • MPL Malaysia
  • Lain-lain
Lagi
  • Jadual TV
  • Halaman Saya
  • Rencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI

Stadium Astro | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Iklan
BADMINTON

Piala Malaysia: Solari puas hati penampilan pertama Kunimoto

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2023
09:49 MYT
Sponsor Banner
Piala Malaysia: Solari puas hati penampilan pertama Kunimoto
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari, berpuas hati dengan penampilan pertama pemain import baru, Takahiro Kunimoto, ketika membenam Kelantan FC 10-0 (agregat 15-1) dalam aksi kedua pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
Menurutnya, selain mempamerkan aksi mantap, pemain kelahiran Jepun berusia 25 tahun itu turut meledak dua gol bagi membantu juara bertahan itu melakar kemenangan penuh bergaya ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, katanya, Kunimoto masih memerlukan masa selain minit permainan bagi memantapkan lagi aksinya selepas ini.
Iklan
"Bagi saya dia seorang pemain yang baik dan pantas menyesuaikan diri dengan corak taktikal pasukan, walaupun tidak beraksi bagi tempoh 90 minit.
“Dia juga bijak mencari ruang kosong, bertindak pantas selain mampu melakukan hantaran berbahaya selain melakukan bantuan gol kepada rakan sepasukan seperti yang dilakukannya kepada Bergson (Da Silva) dalam perlawanan ini," ujarnya.
Untuk rekod, JDT menewaskan Kelantan 5-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 4 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Solari nyata berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamerkan kesebelasan skuad Harimau Selatan itu ketika membelasah Kelantan FC.
Malah, pengendali kelahiran Argentina itu turut berbangga apabila hasil rombakan yang dilakukannya dengan menurunkan pemain-pemain yang jarang beraksi membuahkan hasil apabila mereka mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.
“Saya bangga menyaksikan pemain-pemain yang diturunkan hari ini (malam tadi) memberikan aksi bertenaga bagi menghasilkan kemenangan ‘besar’ seperti ini.
“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah mereka ini turut menjaringkan gol dalam perlawanan ini, seperti Daryl Sham (George), Asyar Hadi (Shapri) selain Safawi (Rasid), Syahmi (Safari) dan Safiq (Rahim), nyata cukup menyerlah.
“Selain itu, mereka turut membentuk persefahaman mantap yang sekali gus menyukarkan Kelantan melakukan serangan berbahaya,” katanya.
Jelasnya, secara keseluruhannya, latihan intensif dan berintensiti tinggi yang diterapkan turut berperanan membantu pemain dalam perlawanan berkenaan.
Kredit: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Piala Malaysia
#Johor Darul Ta'zim FC
#Kelantan FC
#Esteban Solari
#Takahiro Kunimoto
Must-Watch Video
Iklan
Iklan