Skip to main content

Badminton

Petronas Terbuka Malaysia: Toma Popov akan turun dalam acara perseorangan, beregu hari ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

popoc.jpg
Beraksi dalam dua kategori tidak menghalang Toma Junior Popov untuk mencipta kejutan apabila menewaskan perseorangan lelaki utama Indonesia, Jonatan Christie, di  Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, semalam.

Walaupun turun sebagai pemain bukan pilihan, tidak menghalang Popov melakar sensasi untuk menewaskan pilihan ketiga kejohanan yang memegang status juara Kejohanan Seluruh England 2024 itu.



 


Pemain Perancis itu akan meneruskan cabaran dalam dua kategori di pusingan 16 terbaik hari ini iaitu menerusi acara beregu bersama adiknya Christo Popov yang berdepan lawan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, serta menerusi acara perseorangan lelaki dengan Angus Ng Ka Long bakal menjadi cabarannya sebentar lagi.


 

 

Advertisement

Must Watch Video