BADMINTON
Petronas Terbuka Malaysia: Kecederaan belum pulih, Zii Jia terlepas aksi sulung 2025
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, tidak dapat untuk membuat penampilan dalam aksi pembukaan Jelajah Dunia BWF 2025 Terbuka Malaysia.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Team LZJ yang berbunyi, "Dengan berat hati untuk mengumumkan bahawa Lee Zii Jia tidak akan dapat muncul pada BWF World Tour 2025 pembuka musim dan kejohanan di tempat sendiri, Terbuka Malaysia.
Official Statement.#DareToDream #OwnYourAttitude #BeyondTheLimit #ShuttleHard pic.twitter.com/xUcOV70jho— Team LZJ (@TeamLZJ) January 3, 2025
"Malangnya Zii Jia belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialami ketika bertanding dalam Jelajah Dunia BWF bulan lalu.
Iklan
“Penyertaannya untuk Terbuka India dan Indonesia Masters yang dijadualkan pada Januari 2025 juga dalam pertimbangan, sementara menunggu pemulihan sepenuhnya."
Lee Zii Jia retires from the match due to an ankle injury! Wishing him a fast recovery.Follow live action: https://t.co/TjoFnU5nd9@HSBC_Sport#BWFWorldTourFinals #Hangzhou2024 pic.twitter.com/Ortitk3M8t— BWF (@bwfmedia) December 13, 2024
Must-Watch Video