Skip to main content

Badminton

Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ee-yi-yew-sin.jpg
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Selepas menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian, dalam pusingan 32, mereka turun bertemu wakil Korea Selatan, Kang Min-Hyuk-Jin-yong, kemenangan 23-21 dalam set pertama cukup memberikan semangat buat pasangan negara. 
 

Bagaimanapun, wakil Korea Selatan itu berjaya mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-16.

Dalam set ketiga, Ee Yi-Yew Sin, kembali mengatur langkah dan berjaya mendahului permainan 16-13, sebelum menoktahkan kemenangan 21-18 sekaligus membawa cabaran negara ke suku akhir. 

 

Advertisement

Must Watch Video