Skip to main content

Badminton

Petronas Terbuka Malaysia: Beregu negara cari momentum kemenangan dalam aksi pembukaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-01-05-175051.png
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, yang kini menduduki ranking ketiga dunia bersama pasangannya, Nur Izzuddin Rumsani, bersiap sedia untuk menghadapi cabaran besar dalam pusingan pertama Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025. 

Gandingan negara itu akan membuat percaturan kedua dengan pasangan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ini.

Sze Fei turut menegaskan bahawa dia enggan memandang enteng dengan kemampuan pasangan lawan meskipun memiliki rekod kemenangan ke atas mereka sebelum ini. 

“Saya rasa tiada lawan yang mudah, setiap lawan memiliki kekuatan masing-masing," katanya di Nadi Weekend.

 

Pertemuan pertama gandingan itu adalah pada pusingan separuh akhir Jelajah BWF Masters Abu Dhabi yang memihak kepada pasangan negara dengan kemenangan straight set, 23-21, 21-12.

Tambahnya, latihan intensif telah dijalankan bagi melengkapkan persiapan untuk memperkemaskan lagi kepelbagaian corak permainan.

"Kami juga akan buat persiapan yang terbaik," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video