Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mengimbau kembali kenangannya bersama ibu tercinta sempena Sambutan Hari Ibu yang disambut pada setiap tanggal 11 Mei oleh seluruh masyarakat dunia semalam.
Antara kenangan yang menyentuh perasaan adalah ketika kehadiran ibunya ketika dia tewas dalam final Sukan Olimpik 2012 kepada Lin Dan, malah dengan kehadiran ibunya memberikan 1000 makna yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya untuk terus berjuang mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Malah, dia turut berkongsikan telatah mencuit hati yang berlaku kepada keluarganya semalam.
"Semalam, berlaku pertarungan hebat antara isteri dan anak.
"Biasalah, anak lelaki bila dah masuk alam remaja, perangai mula tunjuk taring. Makin memberontak, makin malas.
"Mew Choo pula tengah mood tak baik. Macam cuaca ribut petir kat Malaysia baru-baru ni.
"Mew Choo: "Hoi, hello Kingston Lee! Apa ni?! Markah makin jatuh! Mama makin menyampah tengok perangai kamu, Kingston Lee!
"Kingston, entah tak faham ke atau memang nak cari pasal, terus balas , marah pun dia balas juga.
"Kingston: "Hello Madam Wong! Saya pun rasa benda yang sama!"
"Masa tu, aku betul-betul berdiri di tengah-tengah. Suhu rumah naik macam dalam sauna. Terrance menggigil menyorok belakang aku. Anson Lee yang baru tiga tahun pun ikut cari perlindungan kat belakang.
"Mew Choo dah naik tahap Super Saiyan. Terus dia menyinga:
"Mew Choo: "Kingston Lee! Ulang lagi sekali kalau berani!"
"Kingston: "Saya berani. Saya ulang lagi sekali."
"Mew Choo: "Kalau betul lelaki, ulanglah sekali lagi!"
"Aku nampak dia dah nak capai raket kenangan yang menang China Open 2007 dulu...
"Mampuslah Kingston!
"Tabatabae, terdengar satu U-turn drift paling padu dari Kingston:
"Saya lelaki. Saya ulang sekali lagi. Saya sama rasa macam Mama.
"Saya pun benci perangai ‘sial’ saya sendiri — Kingston Lee!"
Tergelak besar satu rumah. Situasi tegang terus jadi komedi.
Mak... masa tu baru aku faham maksud sebenar U-turn drift dalam Initial D." katanya.