Tempoh 74 minit yang diperlukan oleh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi, untuk menambah koleksi pingat serta menyumbangkan pingat gangsa pertama selepas menewaskan Anders Rasmussen-Kim Astrup, dalam aksi rubber set 16-21,22-20,21-19 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya dalam edisi Tokyo 2020.
"Selagi mereka belum menghabiskan mata kemenangan, selagi itu kami mempunyai peluang dan takkan menyerah.
"Kami mempercayai antara satu sama lain kerana kami sudah melalui perkara yang sukar dari dahulu sambil kami berani membuat keputusan yang mengharapkan keajaiban ketika permainan sedang menuju kemuncak," kata Aaron Chia.
"Ini tetap pencapaian terbaik meskipun tidak berjaya menghadiahkan negara pingat emas tetapi ia masih boleh dibanggakan.
"Kami tetap akan berusaha tatkala sentiasa memberikan segalanya dan sudah semestinya kami mahu beraksi lagi di edisi seterusnya iaitu Sukan Olimpik Los Angeles 2028 kerana kami akan berada di mana Malaysia memerlukan kami," kata Soh Wooi Yik.
Najmi Iman
Sun Aug 04 2024