Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Penonton teruja lihat semangat juang pemain badminton negara

pearly.png
Kehadiran penyokong yang menyaksikan perlawanan badminton kem negara di Sukan Olimpik Paris 2024 mencuri perhatian selepas seakan terpegun melihat aksi bersemangat pemain badminton negara ketika  beraksi di Porte De La Chapelle Arena, semalam.

Ini berikutan selepas kemenangan dramatik beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan lawan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21,21-,15,21-16 serta mendapat 'standing ovation' daripada para penonton yang hadir.

 

Malah, aksi beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga mendapat reaksi positif daripada penonton setelah menewaskan wakil dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai dengan kemenangan straight set 21-15,24-22.

 

Hari ini, lima wakil negara akan beraksi untuk meneruskan cabaran dalam saingan peringkat kumpulan dengan Goh Jin Wei akan turun dalam aksi pertama Kumpulan H yang akan berdepan Johanita Scholtz dari Afrika Selatan, sebentar lagi.


 

Advertisement

Must Watch Video