Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Pemain badminton ini pilih tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

451577084_907318984773172_3225152117122994502_n.jpg
Mathias Christiansen telah memilih untuk menarik diri daripada Sukan Olimpik minggu depan di Paris kerana dia secara tidak sengaja melakukan kesilapan sebanyak tiga kali tidak melaporkan diri dalam tempoh 12 bulan lalu.

Dan oleh itu dia berisiko tinggi untuk dihukum dan dengan situasi ini secara rasminya Denmark tidak akan diwakili oleh beregu campuran di sukan Olimpik. 

"Saya sangat kecewa kerana dari kecuaian saya menjadi asbab terlepas apa yang sepatutnya menjadi salah satu kemuncak dalam kerjaya kami. 

"Dan saya amat kecewa kerana ini juga bermakna Alexandra Bøje tidak akan hadir ke Olimpik. Kami berdua berlatih secara intensif dan benar-benar tidak sabar untuk bertanding di Paris," kata Mathias Christiansen.

"Saya tidak mahu mengambil risiko penyertaan saya dalam Sukan Olimpik mencipta bunyi yang tidak enak, yang juga boleh mengganggu rakan sepasukan kami, baik dalam pasukan kebangsaan mahupun atlet Olimpik yang lain, dan itulah sebabnya saya memilih untuk menarik diri," tambahnya lagi.

Bagi Persatuan Badminton Denmark ada kekesalan terhadap situasi itu tetapi memahami keputusan itu.

"Ia adalah situasi yang amat malang yang dihadapi Mathias - dan pada masa yang paling teruk. Kami mengiktiraf peraturan yang ada dan Mathias berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan. 

Mathias Christiansen kini menunggu sama ada Anti Doping Denmark akan melaporkan kes itu kepada Jawatankuasa Doping, yang mana dalam kes ini tindakan perlu diambil kerana ianya adalah satu kesilapan berat buat seorang atlet. 
 

Advertisement

Must Watch Video