Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Pelajar asrama nyanyi lagu 'Negaraku' sejurus Lee Zii Jia raih gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

photo_6163453914767276973_y.jpg
Walaupun lagu kebangsaan Malaysia tidak berkemundang di bumi Paris sempena Sukan Olimpik Paris 2024, namun ia tetap menjadi simbol yang cukup besar buat rakyat Malaysia yang menyaksikan para atlet negara yang berjaya menjejakkan kaki di podium temasya berprestij itu. 

Dua gangsa yang diperoleh menerusi pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan Lee Zii Jia, menandakan bahawa Malaysia memiliki semangat untuk berjaya dan tidak akan berundur untuk berjuang.

Itu yang ditampilkan menerusi kejayaan meraih pingat gangsa buat kontinjen Malaysia.

Dan semangat itu telah ditampilkan oleh barisan pelajar sekolah berasrama di Malaysia, menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat sejurus atlet negara berjaya membawa pulang pingat di Paris.
 

Advertisement

Must Watch Video