Malang tidak berbau. Itulah gambaran yang dihadapai oleh pasukan badminton Indonesia apabila mereka terlibat dengan kes kecurian saat berada di Paris, semalam.

Menurut laporan Vidio Sports, kejadian tersebut berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji saat mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pada Isnin, 5 Ogos jam 5:30 waktu tempatan.

Dalam perjalanan tersebut, tayar belakang kenderaan berkenaan pancit lantas beliau turun untuk melakukan pemeriksaan. Setelah memastikan perkara tersebut, Armand telah meminta menghubungi syarikat kenderaan sewa berkenaan untuk meminta kenderaan ganti.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta bantuan polis berhampiran untuk mengesahkan lokasi kerana kurang kepastian akan keberadaan mereka.

Namun apabila beliau kembali ke kenderaannya, beliau menyedari bahawa beg yang mengandungi wang tunai berjumlah Rp950 juta telah lenyap bersama dompet dan kad kredit.

Barang-barang kecurian tersebut merupakan wang kontinjen badminton Indonesia yang terdiri daripada 53 orang, termasuk atlet dan pegawai.