BADMINTON
Nantikan! Masters Perancis atau All England, Lee Zii Jia bakal kembali
Selepas hampir 49 hari mengalami kecederaan sejak Badminton Final Jelajah Dunia BWF tahun lalu, perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kini berada dalam fasa pemulihan dan sah akan kembali menyertai kejohanan antarabangsa Mac ini.
Pertandingan bertaraf super 300, Masters Perancis (3 hingga 9 Mac 2025) atau kejuaraan berprestij, Badminton Seluruh England (11 hingga 16 Mac), berkemungkinan menjadi pentas pertamanya untuk beraksi semula, musim ini.
Untuk rekod, ia akan menjadi penampilan terulung pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu di bawah kendalian jurulatih baru, Yeoh Kay Bin.
Iklan
Lee Zii Jia masih dalam fasa pemulihan dan sah akan kembali ke kejohanan antarabangsa Mac ini.Masters Orleans atau All England? Segalanya bergantung kepada proses ke arah itu!Semoga dipermudahkan urusannya untuk Zii Jia kembali cergas di atas gelanggang!🥇🏆🏸@ASTROARENA pic.twitter.com/V6qminvnEc— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 31, 2025
"Buat masa sekarang, saya masih dalam proses pemulihan dan berharap akan kembali ke gelanggan Mac ini.
"Saya sentiasa berkata kepada diri saya supaya bersabar dan akan bermain semula tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran syarikat pakaian berjenama di sebuah pusat beli-belah.
Must-Watch Video