BADMINTON
Masters Orleans: Lee Zii Jia atur langkah ke suku akhir
Lee Zii Jia melakar kemenangan straigt set untuk ke suku akhir Masters Orleans di Perancis, sebentar tadi.
Selepas terpaksa laluan berliku semalam, dia memperuntukkan 29 minit permainan untuk membenam cabaran pemain India, S Kidambi, 21-11, 21-17.
Zii Jia nyata dalam kondisi yang lebih baik untuk mengambil kesempatan termasuk mengutip enam mata berturut-turut bagi menjarakkan kedudukan dan menjamin set pertama.
Iklan
Pemain nombor tujuh dunia itu pantas mengorak langkahnya dalam set seterusnya, malah suatu ketika selesa mendahului 16-8.
Begitupun, Zii Jia melepaskan sembilan mata berturut-turut untuk ketinggalan 16-17.
Namun, momentum Kidambi itu dimatikan sebaik Zii Jia merampas servis, sekali gus mengesahkan kemaraannya.
Must-Watch Video