Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Zii Jia mara ke pusingan kedua kelayakan

pic-2.jpg
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, memulakan cabaran dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kelayakan selepas mengatasi seorang lagi wakil negara, Soong Joo Ven, 21-23, 21-13, 24-22, hari ini.

Beraksi di gelanggang Arena Axiata, Bukit Jalil, Zii Jia asalnya dijadualkan berdepan pemain ranking ke-56 dunia, Zhou Yeqi, namun wakil dari China itu menarik diri dan digantikan oleh Joo Ven.

Saling mengenali corak permainan masing-masing, Zii Jia mengambil satu jam untuk mengatasi rakan senegaranya bagi mendapatkan tempat ke pusingan kedua kelayakan serta meneruskan misi merangkul kejuaraan pertama untuk musim ini.

Wakil Thailand, Sitthikom Thammasin, menjadi halangan seterusnya buat Zii Jia yang akan bermula jam 2.30 petang ini. 

Advertisement

Must Watch Video