Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, memulakan kempen positif untuk Malaysia apabila mudah melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2019 di Arena Axiata, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Hari ketiga kejohanan menyaksikan Soon Huat-Shevon mudah mengetepikan cabaran Takuro Hoki-Wakana Nagahara dengan menamatkan set pertama 21-13.
Meskipun mendapat sentuhan daripada bekas jurulatih negara, Jeremy Gan, beregu campuran dari Jepun itu masih belum mampu menggugat Soon Huat-Shevon selaku pilihan kelima kejohanan apabila mengesahkan kemenangan 21-19.
"Kami tidak menjangkakan ia satu pertarungan yang mudah.
"Beregu Jepun yang kami hadapi ini baru sahaja dibentuk tetapi kami tahu corak permainan individu mereka sangat ampuh," kata Shevon.
Sementara itu, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, melabel aksi dalam pusingan pertama Masters Malaysia 2019 malam tadi adalah yang terbaik sepanjang kariernya apabila berupaya menyingkirkan pemain kelima dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi, menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-12.
"Saya mendapat undian sukar dan tidak sangka boleh menang.
"Saya hanya berikan cabaran kepadanya memandangkan sudah setengah tahun tidak bermain di peringkat senior.
"Saya menyasarkan untuk melihat jurang di antara saya dengan pemain handalan dunia," kata Jin Wei yang julung kalinya merakamkan kemenangan ke atas pemain dalam kelompok lima terbaik dunia.
Dalam masa sama, wakil tunggal persorangan lelaki daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia, akan menentang Kenta Nishimoto hari ini selepas berhempas pulas membenam pencabar dari Thailand, Tannongsak Saensomboonsuk, 14-21, 21-18, 21-10.
"Ini cabaran besar buat saya dan saya perlu berbincang dengan jurulatih mengenai aspek strategi.
"Kalau mahu menyaingi pengalamannya, memang tidak cukup. Saya perlu mengatasinya dengan (muslihat) taktik sambil mencuri mata daripadanya," kata Zii Jia.