Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Masters Malaysia: Leong Jun Hao kejar masa pulih siku kanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-14-171438.png
Pemain badminton perseorangan negara, Leong Jun Hao, kini berperang dengan masa untuk pulih sepenuhnya menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters minggu hadapan.

Jun Hao mengalami kecederaan di bahagian siku kanan ketika beraksi dalam saingan Piala Sudirman baru-baru ini.
Kecederaan itu memaksanya menarik diri daripada Terbuka Thailand yang sedang berlangsung ketika ini.

Tanggungjawab perseorangan lelaki negara kini digalas oleh Ng Tze Yong, bersama Aidil Sholeh dan Justin Hoh.

"Tangan sebelum ini ada sedikit kecederaan dan saya lebih baik saya rehat dan melaui proses pemulihan dahulu supaya nanti boleh bersedia dengan lebih baik untuk minggu hadapan (Malaysia Masters). 

"Saya rasa ketika itu masih dalam pertandingan, dalam keadaan tertekan untuk berkasi jadi saya tidak rasa sangat sakit itu pada awalnya. Apabila pulang ke Malaysia baru saya rasa ada sakit itu, katanya kepada warrtawan Astro Arena, Zaki Zainal. 

Jurulatih perseorangan negara, K. Yogendran, memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh Jun Hao dalam Piala Sudirman dan berharap anak buahnya itu segera pulih untuk beraksi di pentas Malaysia Masters.

Semangat kental dan komitmen Jun Hao diharapkan mampu menjadi dorongan untuk bangkit semula di hadapan penyokong tempatan.

"Memang sewaktu dia balik ke sini pun dia berlatih dengan sangat komited sebab dia mahu membuktikan sesuatu tetapi apa yang sudah terjadi kita tidak boleh elak sebab ada sedikit kecederaan.

"Dan situasi ini kita tidak mahu meletakkan tekanan kepada dia dan pastinya apabila kembali ke kejohanan (Masters Malaysia), kami mahu dia pergi dengan sepenuhnya (100 peratus). 

"Kita tidak mahu dia pergi dengan 50-50 dan keyakinan diri dia jatuh dan selepas berbincang dengan jurulatih, Kenneth Jonassen, bersama Jun Hao dan semua pihak yang patut kita bincang dan keputusan akhir mahukan Jun Hao berehat dahulu dari Terbuka Thailand dan akan kembali ke Malaysia Masters pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video