Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, melangkah penuh yakin ke pusingan kedua Kejohanan Masters Malaysia selepas menewaskan pemain kelima dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi, 21-14, 21-12 di Arena Axiata, Bukit Jalil, petang tadi.
Biarpun bermula positif, namun Jin Wei enggan terlalu dibuai dengan kejayaan menundukkan pemain yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia itu.
"Saya sudah menjangkakan perlawanan sengit seperti itu.
"Bagaimanapun, saya tidak menyangka akan menang.
"Saya hanya mahu memberikan tentangan memandangkan sudah setengah tahun saya tidak bermain dalam kejohanan senior.
"Saya mahu melihat jurang di antara saya dengan mereka.
"Jika dia memberikan aksi 100 peratus, mungkin sukar untuk saya meraih kemenangan.
"Namun, dia juga kerap melakukan kesilapan," katanya.
Mengulas mengenai prestasinya yang semakin memingkat di peringkat senior, Jin Wei berkata: "Saya semakin matang selepas menjuarai Sukan Olimpik Remaja dan Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu.
"Biarpun ia hanya kejohanan di peringkat remaja, saya banyak memperoleh pembelajaran daripadanya.
"Apapun, perjalanan masih jauh dan saya perlu teruskan pembelajaran itu," katanya.
Jin Wei dijadualkan bertemu pemain China, Zhang Yiman, dalam pusingan kedua esok.