BADMINTON
Masters Malaysia: Ia tak sepatutnya berlaku, sedikit tak puas hati -- Pearly Tan
Kecemerlangan kem beregu lelaki negara pada hari ketiga Kejohanan Badminton Masters Malaysia harus diberikan pujian dengan mara ke peringkat seterusnya di Axiata Arena, hari ini.
Tidak dilupakan, gandingan beregu wanita pertama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, turut menempah tiket ke suku akhir selaku wakil tunggal sektor tersebut dalam kejohanan bertaraf super 500 itu.
Berdepan lawan dari Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, gandingan pilihan ketiga itu hanya memerlukan 14 minit untuk mencatatkan kemenangan 20-12 dalam set pertama.
Iklan
Tentangan lebih sengit diberikan lawan dalam set kedua tetapi ia tidak menggugat Pearly dan Thinaah untuk mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.
Congrats Pearly Thinaah🔥Great performance to qualify for quarterfinals against Indonesian pair Kusuma-Pratiwi🏸🇲🇾More on nAdi @ASTROARENA pic.twitter.com/ikLcFPPL68— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 22, 2025
"Persembahan tidak memuaskan dan sedikit tak berpuas hati kerana ada hilang fokus seketika.
"Ia tak sepatutnya berlaku dalam gelanggang.
"Kami berharap dapat mengatasi masalah tersebut esok," kata Pearly Tan di Nadi Arena.
"Kami tidak mahu ia memberi kesan kepada permainan, jadi kami tetap mengingati antara satu sama lain," kata Thinaah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Must-Watch Video