Ketiadaan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia bermula Selasa ini membuka lembaran buat pemain profesional, Liew Darren, untuk diletakkan sebagai sandaran buat Malaysia.
Daren kini memimpin sebagai perseorangan terbaik negara setalah ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meletakkannya di tangga ke-23, mengatasi kedudukan Datuk Lee Chong Wei, yang menjunam ke tangga ke-28 gara-gara ditimpa penyakit barah hidung sebelum ini.
Ditambah pula, dia kini merupakan satu-satunya pemain yang sudah mengesahkan aksi dalam pusingan pertama Masters Malaysia sambil dua lagi sandaran, Lee Zii Jia dan Chong Wei Feng, perlu beraksi di peringkat kelayakan.
"Ini kali pertama saya akan menyertai kejohanan ini sebagai pemain utama Malaysia.
"Saya harap dapat memberikan penampilan yang baik berikutan bakal mendapat sokongan daripada peminat sendiri.
"Memandangkan saya mara ke separuh akhir Masters Malaysia musim lalu, saya mengharapkan kali ini dapat melakukan yang lebih baik lagi," katanya.
Walaupun laluannya berliku, Daren masih menaruh keyakinan untuk memperbaiki pencapaiannya tahun lalu apabila terkandas di peringkat separuh akhir.
Ironinya, dia tewas kepada jaguh Denmark, Victor Axelsen, sementara tahun ini, dia membuat persiapan awal dengan berlatih dengan penyandang juara itu.
"Kempen kali ini lebih sukar kerana saya bakal berdepan Tommy Sugiarto seawal pusingan pertama.
"Saya tidak pernah menang ke atasnya.
"Saya harap dapat melakukan kejutan dalam pusingan pertama nanti," katanya.
Sementara itu, Axelsen, yang kini bergerak sebagai pemain profesional setelah mengalami krisis penajaan dengan badan induk negaranya, mengakui tidak mahu perkara itu memberi kesan terhadap prestasinya di dalam gelanggang.
Baginya, dia akan menyerahkan isu tersebut kepada pihak peguam dan dalam masa yang sama, memberi fokus untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo biarpun tidak mendapat sokongan Persekutuan Badminton Denmark (DBF).
"Ia sudah berlanjutan agak lama walaupun pada awalnya ia memberi sedikit kesan kepada saya.
"Buat masa ini, saya menjalani latihan dan segalanya berjalan lancar. Saya cuma perlu bersabar," katanya.
Axelsen yang hadir lebih awal ke Malaysia sedang berlatih bersama beberapa pemain profesional negara sebagai persiapan menjelang saingan sebenar.
"Saya tidak mempunyai masalah, saya baru tiba dari India selepas mengharungi kempen liga di sana.
"Saya berdepan masalah kecederaan tahun lalu. Keadaan saya bertambah baik untuk beraksi dalam Masters Malaysia minggu depan," tambahnya.