Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, meneruskan rentak kemenangan dalam Kejohanan Masters Malaysia dengan menundukkan pemain tidak ternama dari Denmark, Victor Svendsen, dalam aksi pusingan kedua di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.
Pemain di ranking ke-31 dunia itu tampil dengan keyakinan tinggi dan hanya memerlukan 32 minit untuk mengatasi lawannya 21-18, 21-7 untuk melangkah ke suku akhir.
Daren, bagaimanapun, mengakui peluang berlatih bersama seorang lagi jaguh Denmark, Viktor Axelsen, beberapa hari sebelum kejohanan itu memberikan kelebihan kepadanya.
“Corak permainannya (Svendsen) berbeza dengan Axelsen, namun latihan bersama Axelsen jelas membantu saya kerana dia adalah pemain handalan dunia.
"Sememangnya ada beberapa perkara yang saya pelajari daripadanya,” katanya.
Bagi Daren, kejayaan memenangi set pertama yang berlangsung sengit sehingga ada ketika kedudukan terikat 18-18 itu menjadi kunci kemenangannya hari ini.
“Sejujurnya aksi dalam set pertama memang menyukarkan kerana saya memilih kawasan gelanggang yang menyusahkan diri saya.
"Namun, kesukaran itulah yang membantu saya memenangi perlawanan hari ini.
"Selepas memenangi set pertama, saya turun ke set kedua dengan lebih yakin,” katanya.
Menanti Daren di peringkat suku akhir esok adalah pilihan kedua kejohanan dari China, Shi Yuqi, atau Suppanyu Avihingsanon dari Thailand.
-- BERNAMA