BADMINTON
Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M. Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas melakar kemenangan ke atas wakil Jepun sebentar tadi.
Kemenangan 21-16, 21-15 membenarkan Pearly-Thinaah akan kekal beraksi di Istora Senayan apabila melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan pilihan keempat, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.
Set pertama yang cukup cemerlang ditampilkan oleh gandingan negara membenarkan mereka mengawal rentak permainan sebelum mengulangi skrip sama dalam set berikutnya untuk menyingkirkan wakil Jepun itu.
Iklan
Untuk rekod, gandingan Fukushima-Matsumoto turut tewas kepada Pearly-Thinaah mereka bertemu di Terbuka India dan kali ini mereka sempat berkongsi gelanggang dalam tempoh 48 minit sebelum tewas.
Must-Watch Video