Liga divisyen teratas Poland telah menggantung pemain tengah Radomiak Radom, Ibrahima Camara, selama enam bulan atas tindakan tidak bermoral.
Pemain berusia 27 tahun itu menyerang pemain lawan walaupun telah pun diperintah keluar padang.
"Semasa perlawanan, pemain tersebut menunjukkan kelakuan tidak sopan dan melanggar permainan adil (fair play), dengan menyerang pemain pasukan lawan selepas menerima kad merah," menurut kenyataan.
Insiden itu berlaku dalam perlawanan yang menyaksikan kekalahan 4-3 kepada Pogon Szczecin pada hari Sabtu, sejurus selepas Camara dilayangkan kad merah pada minit ke-90.
🇵🇱 Radomiak Radom player Ibrahima Camará has been banned for 6 months and fined 50,000 Polish PLN (£9,506.25) for this against Pogoń Szczecin. 😳 https://t.co/oY8t4kYPbQ
— European Football Zone (@EuroFballZone) October 28, 2026
Tonggak kelahiran Guinea itu telah meninggalkan padang, namun ketika berlaku pergelutan di tepi padang, dia muncul semula dari terowong dan memukul kepala seorang pemain simpanan Pogon.
Pemain berusia 27 tahun itu kini digantung daripada menyertai semua pertandingan di Poland.