Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Peng Soon-Liu Ying kandas dalam separuh akhir

peng-soon-liu-ying.jpg
Beregu badminton campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, gagal menebus kekecewaan dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas terkandas dalam separuh akhir Masters Indonesia apabila tewas kepada pasangan tuan rumah,-Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir, dalam aksi straight set di Istora Gelora Bung Karno, petang tadi.

Peng Soon-Liu Ying sebelum ini terkandas dalam separuh akhir Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, minggu lalu

Mereka turun dalam aksi separuh akhir Masters Indonsia dengan rekod pertemuan yang memihak Tontowi-Lilyana 10-1 dengan kemenangan tunggal yang direkodkan pasangan negara itu adalah dalam Terbuka China 2012.

Pertemuan terakhir di antara kedua-dua beregu itu pula memihak Tontowi-Lilyana dalam Terbuka Indonesia pada Ogos tahun lalu.

Selepas lima bulan, Tontowi-Lilyana sekali lagi merekodkan kemenangan straight set ke atas Peng Soon-Liu Ying -- yang beraksi dalam kejohanan ketiga sejak mengundurkan diri daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pasangan negara itu terpaksa akur tewas 20-22, 11-21 untuk membenarkan pilihan keempat kejohanan berkenaan melangkah ke final di laman mereka.

Advertisement

Must Watch Video