BADMINTON
Masters Indonesia: Pearly-Thinaah gembira bukan sekadar omong kosong
Kekecewaan tidak melunaskan hasrat mengharumkan nama negara menjadi motivasi terbaik untuk beregu wanita utama negara terus memantapkan corak permainan mereka.
Pearly Tan-M Thinaah terlepas gelaran Masters Indonesia hari ini -- yang merupakan kejohanan ketiga berturut-turut sejak awal tahun.
Minggu lalu, perjalanan mereka dalam Terbuka India disekat Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam separuh akhir dan mereka kembali dibayangi gandingan Korea Selatan itu untuk pertemuan di Istora Senayan pula.
Iklan
"Kami mengadakan perbincangan selepas kekecewaan Terbuka Malaysia memandangkan kami bermain agak buruk.
"Kami agak kecewa dan terkilan kerana berhasrat untuk memulakan tahun baru dengan baik. Kami terus memotivasikan dan tiupkan semangat sesama sendiri hanya kerana mengharungi hari buruk.
"Jurulatih, Rosman Razak, banyak memberi panduan buat kami kerana adakalanya saya mengalami panik di atas gelanggang," kata Pearly.
Thinaah pula optimis perjalanan mereka pada musim ini akan terus positif.
"Dalam Terbuka Malaysia dan Terbuka India, prestasi kami masih tidak menentu dan tidak mempunyai momentum.
"Jadi prestasi hari ini telah membuktikan kata-kata kami.
"Saya berasakan tuah menyebelahi Hye Jeong-Hee Yong selain mereka juga bermain dengan baik.
"Saya harap pencapaian ini boleh menjadi hadiah terbaik buat Pearly yang akan menyambut Tahun Baru Cina," katanya pula.
Must-Watch Video