Skip to main content

Badminton

Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, DinFei kandas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nang.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan separuh akhir Masters China 2025 di Arena Shenzhen, sebentar tadi.

Wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu menewaskan lawan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, menerusi aksi rubber set, 21-12, 12-21, 21-17, dalam pertembungan selama satu jam satu minit itu.



 

Juara Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 itu dijadualkan akan berdepan wakil tuan rumah yang merupakan pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, esok.

Dalam pada itu, satu lagi aksi melibatkan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menyaksikan mereka terpaksa akur tewas kepada lawan dari Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri dalam aksi straight set, 21-16,21-11.
Badminton

Diskaun Hari Ini!

Raket badminton ringan dan selesa. Sesuai untuk semua level.


Terokai Sekarang

Advertisement

Must Watch Video