Skip to main content

Badminton

Masters China: Tang Jie-Ee Wei akhiri saingan selaku naib juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei-new.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus menemui jalan buntu apabila akur tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi final Masters China, sebentar tadi.

Selepas melakar kemenangan menakjubkan ke atas pasangan China semalam, Tang Jie-Ee Wei melangkah ke final dalam misi untuk bergelar juara pertama dari Malaysia dalam Kejohanan Masters China. 

Bertemu pasangan Thailand, Puavaranukroh-Paewsampran yang memiliki rekod pertemuan 3-1 ke atas wakil Malaysia, mempamerkan kejutan apabila memperoleh kemenangan 21-8 set pertama dalam 13 minit tempoh permainan.

Tang Jie-Ee Wei cuba melakar kebangkitan dalam set kedua, mengejar mata demi mata sebelum terpaksa menelan kepahitan tewas 17-21 sekaligus menamatkan saingan selaku naib juara. 
   
Badminton

Gaya Pemain Pro

Bag badminton yang buat anda nampak macam juara.


Stok terhad!

Advertisement

Must Watch Video