Skip to main content

Badminton

Masters China: Ji Ting-Xiang Yu sekat hajat Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Pilihan ketiga, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, menutup peluang beregu kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menempah tiket ke separuh akhir Masters China di Shenzhen, sebentar tadi. 

Aaron-Wooi Yik terpaksa akur selepas berjuang dalam aksi tiga set kejohanan bertaraf super 750 itu. 


Beregu kesembilan Jelajah Dunia itu dikekang untuk memanfaatkan jarak tiga mata di kedudukan 18-15 dan berdepan kesukaran mematikan bulu tangkis untuk mata terakhir apabila tunduk 23-25. 

Aaron-Wooi Yik kemudiannya menerajui sejak awal set kedua dan kedudukan itu dipertahankan untuk kemenangan 21-17.

Bagaimanapun, Ji Ting-Xiang Yu tampil dengan pukulan-pukulan kencang malah mengutip lapan mata berturut-turut untuk mendahului set penentuan 15-5 dan penguasaan itu diteruskan menerusi kemenangan 21-12. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video